Jumaat, 25 Januari 2008

MEMO BLOG MASTER

ASSALAMUALAIKUM wmt. mbkt., FIKRAH MUSLIM ucapkan kepada semua khususnya muslimin dan muslimat yang berada di Malaysia. Kehadiran FIKRAH MUSLIM adalah bertujuan menyemarakkan dan memeriahkan lagi ledakan informasi mengenai dunia islam.

Saya akan menulis hal yang berkiatan dengan keagamaan dengan mengangkat permasalahan yang dihadapi oleh umat Islam sejagat khususnya di Malaysia dan mengemukakan resolusi untuk mengatasi permasalahan tersebut. Saya juga akan mengutip tulisan-tulisan yang dapat memberikan manafaat kepada umat Islam. Saya juga akan mengutip daripada penceramah-penceramah yang tersohor yang mengungkap permasalahan umat untuk dimuatkan dalam blog ini

FIKRAH MUSLIM mengambil sudut ini untuk diketengahkan kepada umum bagi membantu kaum muslimat dan muslimat mengatasi pelbagai permasalah hidup berlandaskan agama. Kehidupan dunia yang serba mencabar ini seringkali membuatkan kita terbabas daripada landasan sebenar seorang muslim.

Sesekali saya akan menemubual tokoh-tokoh agama yang mugkin tidak tersohor di sudut nama tetapi berkeupayaan mengungkap permasalahan hidup yang kita hadapi dengan baik untuk membantu kita menjalani kehidupan agar mampu menjadi mukmin yang sejati.

Sebagai orang Islam kita wajar menyelesaikan pelbagai masalah hidup kita berpandukan agama. Sebagai orang Islam kita wajar malah wajib menjadikan Al-Quran dan sunahtullah sebagai panduan hidup kita. Akibat kelalaian kita menyebabkan kita terpaksa menghadapi pelbagai masalah dalam hidup walaupun kita yang hidup di negara yang diperintah oleh orang Islam sendiri.

Kelalaian menjadikan umat Islam lemah maka orang-orang bukan Islam seringkali mengekplotasikan kelemahan umat Islam dan mereka cuba menguat segala kekayaan khazanah alam yang memang berada di wilayah yang dikuasai oleh orang Islam. Lihat apa yang terjadi di negara-negara Islam yang memang kaya dengan kazanah bumi misalnya di negara-negara timur tengah. Apa yang berlaku di Pakistan. Lihat apa yang berlaku di negara kita, setelah kita merdeka limapuluh tahun dan berada di bawah kekuasaan penguasa yang terdiri daripada orang melayu yang juga Islam, majoriti umat Islam masih terpinggir daripada arus kemajuan dan pembangunan negara. Hari ini kita hanya tinggal kuasa politik dan kuasa politik ini tak tahu sampai bila dapat bertahan kerana kekuasaannya kini semakin longgar dan terhakis.

Saya benar-benar bimbang dengan sikap para penguasa dikalangan orang Melayu yang juga Islam di semua peringkat yang yang meminggirkan dan menekan orang Islam dalam semua aspek kehidupan. Para penguasa seringkali menonjolkan kehidupan yang mewah sedangkan rakyat jelata yang berada di bawah terkial-kial mencari rezeki umpama ayam kias pagi untuk makan pagi dan kais pula petang untuk di santap pada waktu petang.

Yakinlah jika imej, sikap, lagak dan gaya hidup ini terus diamalkan dikalangan mereka yang berkuasa maka lambat laun rakyat jelata yang hidup susah lagi melarat akan muak dan mengalihkan sokongan yang boleh mengakibatkan kecelaruan dan menghakis kekuasaan politik yang ada.

Jadi diruangan NOTA FIKRAH MUSLIM ini saya ingin menyeru sekelian umat Islam khususnya di negara Malaysia tidak kira samada dia itu pemimpin, penguasa atau rakyat biasa untuk kembali menjadi seorang mukmin yang sejati dan mengamalkan keseluruhan hidup sebagai seorang muslim yang sejati, Mulailah sekarang misalnya kalau solat lima waktu kita tidak cukup berusehalah untuk mengcukupkannya, begitu juga dengan puasa dan sebagainya.

Dan sekiranya kita kaya dan senang lihatlah orang yang hidup susah bantulah dia setakat terdaya misalnya keluarkanlah zakat kalau beliau berada dalam asnaf yang membolehkan beliau menerima zakat. Hari ini kita melihat orang Islam yang kaya hanya untuk diri dan keluargannya saja, kadang-kadang saudara-maranya juga tak dapat tumpang apa lagi kawan dan jirannya.

Jika keadaan ini mampu direalisasikan yakinlah umat Islam akan kembali bersatu dan kuat. Jika tidak umat Islam akan terus menjadi bahan permainan orang. Renung dan fikirlah untuk memertabatkan kembali kekuatan umat Islam khususnya di negara kita, Malaysia.