Khamis, 24 Disember 2020

SAKIT MUSIBAH YANG ADA HIKMAHNYA

 SAKIT! Tidak ada sesiapa antara kita yang inginkan sakit. Ada ketikanya sakit tetap menyapa kita. Ketika sakit menyapa kita jangan sekali-kali kita merasa  gundah gulana atau merasa keluh kesah. Hadapilah dengan sabar dan tabah serta redha akan ketentuan Allah SWT itu disamping kita berusaha mengubatinya.

Mungkin Allah Azawajalla ingin menguji dan menduga kita,telah  sejauhmana keimanan dan ketakwaan kita. Berkemungkinan sebelum ini Allah SWT telah menganugerahkan ki ta sihat tetapi kita lupa untuk bersyukur. Bersyukur disini bukan sekadar ucapan di bibir sebaliknya kita berusaha memelihara anugerah ini dengan menjaga kebersihan, pemakanan dan menjalankan riadah.

. Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam surah Al-Ankabut ayat 2-3 yang bermaksud: Adakah manusia itu menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan (hanya) berkata: Kami telah beriman, sedang mereka tidak diuji. Dan demi sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar beriman dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta.”

        Mungkin Allah SWT ingin mengingatkan kita agar jangan terlalu lalai dan leka dengan keduniaan. Mungkin semasa kita sihat kita terlalu sibuk dengan segala urusan dunia sehingga kita lupaakan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah Azawajallalalu Allah SWT  menghantar lah. penyakit agar kita sedar kesilapan itu.



Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh Imam Bukhari, daripada Ibni Abas Radiallahu Anhuma, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam bersabda: “Ada dua jenis nikmat yang kebaikan orang terlalai olehnya, iaitu kesihatan dan waktu lapang”.


        Apabila kita sakit, kita perlu berehat dan ketika ini kita ada masa untuk berfikir, talbiah dan bermuhasabah diri akan perjalanan hidup yang telah kita jalani selama ini. Adakah kita hidup dijalan yang Allah kehendaki atau kita mengikut hawa  nafsu kita semata-mata?

        Sakit juga boleh menjadi membuka peluang untuk kita  mendapat ganjaran pahala dan menghapuskan dosa-dosa yang telah kita lakukan selama ini dengan syarat kita sabar, tabah dan redha menghadapi penyakit yang kita deritai itu.

         Rasulullah bersabda : “Janganlah kamu mencaci maki penyakit demam, karena sesungguhnya (dengan penyakit itu) Allah akan menghapuskan dosa-dosa anak Adam sebagaimana tungku api menghilangkan kotoran-kotoran besi.” (HR Muslim) .

    Menurut Anas bin Malik RA berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Apabila Allah SWT menguji seseorang hamba yang Islam dengan apa-apa penyakit jasmani maka Allah SWT akan memerintahkan seorang malaikat. Teruskanlah menulis ganjaran amalan yang biasa hamba ini amalkan (semasa dia sihat).

        Terlalu besar hikmah yang terkandung dalam ujian dan dugaan sakit Allah SWT kepada kita umatnya, jesteru itu terima redha dan berlapanglah dada.


KLIK UNTUK MENGIKUTI VIDEO INI. SEKIRANYA TUAN-TUAN/PUAN-PUAN INGIN MENONTON LEBIH BANYAK LAGI VIDEO SILA KLIK LINK INI UNTUK KE CHANNEL SAYA : CHANNEL : Arzaman Sulaiman




Selasa, 23 April 2019

SIMPAN JANGGUT MANCO & BERPAHALA


JANGGUT  merupakan aset yang cukup penting untuk seorang lelaki.  Janggut juga yang akan membezakan seorang lelaki dengan seorang wanita. Janggut akan menyerlahkan kelakian sesaorang dan akan nampak  lelaki itu lebih bergaya, handsome, berkarisma dan manco.

                Namun amat malang rata-rata lelaki tidak begitu suka menyimpan janggut. Mereka lebih suka menyimpan misai. Mengapa begitu?  Adakah kita meniru penjajah yang pernah menjajah kita? Lazimnya kebiasaan di dunia ini orang yang kalah sentiasa akan meniru orang yang menang.

                Adakah kita lupa menyimpan janggut itu sunnah Nabi Muhammad SAW tinggalkan untuk kita mengamalkannya. Mengamalkan sunnah kita akan dapat pahala. Amat rugi kita mengaku umatnya sekiranya sunnah semudah ini pun kita tidak mampu melaksanakannya.

                Malah tujuan baginda Rasulullah meminta umatnya dikalangan lelaki menyimpan janggut adalah untuk membezakan kita orang muslim dengan orang kafir. Sabda baginda Rasulullah yang bermaksud : “ Janganlah kamu meniru (menyerupai) orang-orang majusi (penyembah berhala) kerana mereka itu memotong (mencukur) janggut mereka dan memelihara misai mereka.”  ( hadis Riwayat Muslim)

                Dalam isu menjaga dan memelihara janggut ini juga jarang di perkatakan oleh ulama  kita kerana berdasarkan hadis di atas menyimpan janggut itu amat penting untuk membezakan kaum muslimin dengan golongan kafir. Namun ramai juga yang menyedari dan tetap menyimpan dan memelihara janggut.

                Golongan sahabat baginda Rasulullah, para tabi’in dan salahfusoleh tidak pernah meninggalkan amalan ini. Jadi tidak sepatutnya kita tidak mengabaikan amalan dan suruhan ini kerana tujuannya adalah untuk membezakan seorang muslim dengan orang kafir.

                Terdapat beberapa pandangan mengenai hukum menyimpan janggut.  Bagi mazhab Hanafi sebahagiannya mengatakan sunat menyimpan janggut  dan ada sebahagiannya mengatakan wajib untuk menyimpan janggut.

                Sementara bagi mazhab Maliki pula ada sebahagian ulamak mengatakan makruh mencukur janggut dan ada sebahagiannya mengatakan haram.  Bagi mazham Hambali pula ada sebahagian ulama mengatakan wajib memelihara janggut  dan sebahagian yang lain mengatakan sunat. Manakala bagi Mazhab Syafi’e pula menghukum makruh mencukurnya.

                Dr. Yusuf Qaradawi melalui fatwanya,  mualQardhawi (Fatawa Mu'asirat; `Awaamil as Sa'at wal Murunah fi asSyari'at alIslamiyah; Bagaimana kita berinteraksi dengan asSunnah; Fiqh al Awlawiyat. Berpendapat kesunnahan menyimpan janggut ini termasuk sunnah peringkat kamaliat (kesempurnaan ummat dan rupa diri umat Islam yang unik dan unggul di mata dunia).

Sunnah ini ditekankan oleh Nabi SAW ketika mana umat Islam telah melaksanakan kesemua sunnah yang dharuriat (asas) dan hajiat (keperluan). Masalahnya sekarang ialah umat Islam kini hanya nampak sunnah yang kamaliat dan meninggalkan sunnah-sunnah yang asas dan bersifat wajib dilaksanakan terlebih dahulu untuk membina sebuah umat yang kuat dan berwibawa.

Sunnah sejenis dengan menyimpan dan menjaga janggut-misai termasuklah dalam urusan memilih jenis pakaian, warna pakaian, tutup kepala, sunnah alfitrah (sikat rambut, potong kuku, cara makan-minum, adab ke tandas, dan sebagainya.)

Kesimpulan yang boleh dibuat, pendapat yang menjadi pilihan merupakan tarjih Dr. Yusuf Qaradawi, iaitu hukumnya sunat mu'akkad dan mencukurnya tanpa keperluan ialah makruh. Illat janggut zaman sekarang adalah kerana ia menunjukkan kejantanan iaitu fitrah kelakian saja. Ini saja yang kuat untuk menetapkan hukum menyimpan janggut ini sunat dan mencukurnya makruh.
Lelaki, fitrahnya ialah jantan tulen, maka berbulu menunjukkan sifat kelakian, di mana ia membezakan lelaki dan perempuan yang licin tanpa bulu muka. Janggut ditempatkan dalam bab Sunan al-Fitrah dalam kitab-kitab Fiqh.

Pilihan terbaik ialah memelihara janggut jika tiada apa-apa halangan. Bayangkan, dengan hanya menyimpan janggut menyerlahkan sifat lelaki kita telah melaksanakan sunnah yang memberikan kita pahala.

  Selain menyimpan janggut, perlu juga diingatkan agar jangan hanya fokus kepada menyimpan janggut sehingga lupa dan lalai kepada ibadah-ibadah lain yang lebih penting, kerana keimanan seseorang bukanlah diukur kepada panjangnya janggut, tetapi ketaqwaan kita kepada Allah SWT.

-   NOTA :   Artikel ini telah disiarkan oleh Majalah Dakwah Isu 46, Majalah terbitan  Yayasan Dakwah Isliah Malaysia.








Isnin, 9 November 2015

Movie Deklimasi puisi 1

Penciptaan Drama

Sabtu, 22 November 2014

MANUSIA YANG MENYALAHI FITRAH RAMAI DI MEDIA SOSIAL

DULU semasa mula2 mengenali dunia FB yang telah melalui pengalaman diganggu manusia dua alam ini. Akhirnya saya remove seorang demi seorang. dan keadaan jadi reda dan tenang.

Baru-baru ini episod yang sama berulang lagi. Pertama dari sesaorang yang dah lama jadi kawan saya. Saya pernah chating sekali dengan dia dan saya nampak dia mirip kearah itu dan selepas itu saya sudah tidak lagi berminat melayan dia. Dia sering masuk bagi salam... saya jawab dalam hati saja dan tidak respon di chatbox.
 
Setelah beberapa kali berlaku macam tu akhirnya dia bagi salam dan sent gambar dia. Saya diam dan tidak respon. Dan baru2 ini dia ulangi lagi... lalu saya bertanya untuk apa dia sent gambar dia kepada saya... dia jawab tersilap sent. Saya kata kalau sekali mungkin ya dan dua kali bukan lagi tersilap... lalu saya remove dia.

Esoknya datang lagu seorang... terus approce... mengatakan dia suka tengok saya... bermisai dan berjanggut dan bla...bla... bla. Saya tidak respon sebaliknya merayap ke wall dia... dan saya dapati salah seorang kawan saya ada dalam senarai frenlist dia, dan dia ni juga saya remove.
 
Saya berfikir panjang untuk menulis bukan tujuan mengaibkan sesiapa kerana saya tidak menyatakan siapa mereka. Saya nak jelaskan yang saya langsung tidak berminat dan saya tak ragu2 akan remove sesiapa saja yang menunjukkan sikap sedemikian.

Saya yakin ramai yang melalui pengalaman seumpama ini tapi mendiamkan diri... jangan diam bagi membendung gejala ini kita perlu ceritakan... supaya golongan ini tidak bermaharajalela di sini.

Gejala ini memang berluasa dalam media social. Malah yang paling menghairankan saya ada golongan ini berselindung di sebalik imej Islam. Terdapat juga yang menggunakan gelaran bapa angkat da nada yang meminta untuk dijadikan anak atau adik angkat. Gelaran itu bertujuan untuk memesrakan perhubungan dan kemudiannya mereka akan memasukan jarum halus mereka mempergaruhi orang yang mereka dekati.




Golongan ini merupakan jelmaan kaum Nabi Luth dulu. Nabi Luth adalah anak saudara dari Nabi Ibrahim. Ayahnya yang bernama Hasan bin Tareh adalah saudara sekandung dari Nabi Ibrahim. Ia beriman kepada bapa saudaranya Nabi Ibrahim mendampinginya dalam semua perjalanan dan sewaktu mereka berada di Mesir berusaha bersama dalam bidang perternakan yang berhasil dengan baik binatang ternaknya berkembang biak sehingga dalam waktu yang singkat jumlah yang sudah berlipat ganda itu tidak dapat ditampung dalam tempat yang disediakan .

 Akhirnya perkongsian Ibrahim-Luth dipecah dan binatang ternakan serta harta milik perusahaan mereka di bahagi dan berpisahlah Luth dengan Ibrahim pindah ke Yordania dan bermukim di sebuah tempat bernama Sadum.

Masyarakat Sadum adalah masyarakat yang rendah tingkat moralnya,rosak mentalnya, tidak mempunyai pegangan agama atau nilai kemanusiaan yang beradab. Kemaksiatan dan kemungkaran bermaharajalela dalam pergaulan hidup mereka. Pencurian dan perampasan harta milik merupakan kejadian hari-hari di mana yang kuat menjadi kuasa sedang yang lemah menjadi korban penindasan dan perlakuan sewenang-wenang.

 Maksiat yang paling menonjol yang menjadi ciri khas hidup mereka adalah perbuatan homoseks {liwat} di kalangan lelakinya dan lesbian di kalangan wanitanya. Kedua-dua jenis kemungkaran ini begitu bermaharajalela di dalam masyarakat sehinggakan ianya merupakan suatu kebudayaan bagi kaum Sadum.

Nabi Luth mengajak mereka beriman dan beribadah kepada Allah meninggalkan kebiasaan mungkar menjauhkan diri dari perbuatan maksiat dan kejahatan yang diilhamkan oleh iblis dan syaitan. Ia memberi penerang kepada mereka bahawa Allah telah mencipta mereka dan alam sekitar mereka tidak meredhai amal perbuatan mereka yang mendekati sifat dan tabiat kebinatangan dan tidak sesuai dengan nilai-nilai kemanusiaan dan bahawa Allah akan memberi ganjaran setimpal dengan amal kebajikan mereka. Yang berbuat baik dan beramal soleh akan diganjar dengan syurga di akhirat sedang yang melakukan perbuatan mungkar akan di balaskannya dengan memasukkannya ke dalam neraka Jahanam.

Allah SWT berfirman: "Dan (ingatlah kisah) Luth, ketika ia berkata kepada kaumnya: "Mengapa kamu mengerjakan perbuatan keji itu sedang kamu melihat(nya). Mengapa kamu mendatangi laki-laki untuk (memenuhi) nafsu(mu), bukan mendatangi wanita? Sebenarnya kamu adalah kaum yang tidak dapat mengetahui (akibat perbuatanmu)." (QS. an-Naml: 54-55)

Sabda pula Nabi Muhammad bersabda, maksudnya: "Perkara yang paling aku takuti menimpa ke
atasmu adalah perbuatan kaum Luth. Dilaknati mereka yang melakukan perbuatan

seumpama kaum Luth." (Hadis riwayat Ibn Majah, at-Tirmidzi dan al-Hakim).

Jumaat, 21 November 2014

SEMUA ORANG TAHU INI

SEMUA orang tahu dan sering mengatakan bahawa buat apa harta yang dikumpul bertimbun-timbun sedangkan apabila kita balik menemui Allah Azzawajalla hanya sekeping kain putih untuk membalut tubuh yang terbaring kaku tak bernyawa.

Namun sering terjadi pertelingkahan manusia merebut harta dunia. Dikalangan ahli perniagaan khususnya yang berkiatan dengan kontrak kerajaan adakalanya sanggup mengamalkan rasuah untuk mendapatkan projek. Para pegawai yang diamanahkan menjalankan tugas juga adakalanya mengamalkan budaya itu.

Apabila ibu atau bapa kita meninggal dunia meninggalkan harta wang ringgit, emas dan tanah lazimnya akan menimbulkan perbalahan dikalangan keluarga. Malah ada sampai tidak bertegur sapa dan putus hubungan siratulrahim. Allahyarham Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee telah filemkan dalam filemnya Tiga Abdul.

Semua mereka yang beragama Islam sedar rasuah dan salahguna kuasa itu salah disisi undang-undang negara apalagi agama tapi perkara itu tetap berlaku. Mereka juga sedar bahawa apabila mereka mati nanti hanya kain putih yang mereka bawa ke liang lahat, tapi perkara itu tetap mereka lakukan.

Mereka juga sedar dan tahu bahawa dibahu kiri mereka terdapat malaikat, ATID yang menulis setiap dosa yang mereka lakukan, mereka tetap lakukan. Mereka juga tahu akan datang Mungkar dan Nakir yang akan menyoal mereka apabila mereka mati dialam kubur, namun perkara ini tetap mereka lakukan.

Mereka juga tahu adanya ‘Mizan” atau timbangan pahala dan dosa diakhirat kelak. Mereka juga sedar adanya Titi Siratul Mustaqim yang besarnya rambut yang dibelah tujuh. Titian yang memisahkan Padang Mahsyar dengan Syurga, namun amalan buruk itu tetap diamalkan . Dan semua orang sedar sekiranya banyak pahala kita akan dimasukan ke dalam syurga dan jika banyak dosa akan dihumban dalam neraka jahanam, namun perkara ini tidak diambil kira.

Semua ini berlaku kerana tamak haloba… kerana cintakan dunia dan boleh menimbulkan perasaan bangga diri terhadap manusia lain menyebabkan manusia khususnya kita umat Islam lupa semua itu. Perbuatan jahat dan mungkar khususnya yang dibicarakan soal salahguna kuasa dan rasuah tetap berluasa. Mengapa…. ianya berlaku sedangkan kita tahu semua ini?

Khamis, 20 November 2014

DUNIA INI KECIL

EMPAT tahun lalu ketika saya berpindah ke Padang Serai, saya teringat masa kecil emak dan adik beradik saya yang di panggil Kak Esah selalu juga datang ke Guar Lobak, tapi saya tak tahu rumah siapa. Saya juga teringat adik beradik saya yang terkenal di kampung dengan panggilan Bakar Debok pernah tinggal di situ. Saya ingat dan berazam untuk cari namun saya tidak punya sebarang pertunjuk.

Cuma setiap kali saya jumpa kawan baru di Padang Serai dan dia beritahu tinggal di Guar Lobak, saya akan bertanya samada dia kenal tak Bakar Debok tapi dia telah lama berpindah tinggal balik di kampung sekejab kemudian berpindah ke Kuala Tasek. Tidak ada seorang pun yang kenal!

Lebih kurang sebulan yang lalu ketika saya duduk di kedai minum air dan baca ‘paper ‘ ada seorang berpangkat Pak Cik duduk bersama saya. Kami bersembang dan saya bertanya dia tinggal di mana. Dia memberitahu saya Terap Batu. Lalu saya bertanya dia samada dia kenal tak Pak Ngah Harun, orang terap batu dan berkahwin dengan orang kampung saya. Pak Ngah Harun ini merupakan seorang ustaz, Tok Imam dan Naib Kadi. Dia kenal sangat-sangat dan bercerita mengenai Pak Ngah Harun.

Kemudian saya memberitahunya saya adalah orang Machang Bubok. Pak Cit tu lalu bertanya, rumah saya dekat mana? Saya berkata belakang sekolah, dia terus bertanya saya anak siapa. Saya bertanya balik, dia kenal siapa orang yang tinggal di belakang sekolah. Dia bertanya saya adakah saya tinggal dekat rumah Esah Karim. Ya dekat sangat dan Esah Karim pangkat Kak, saya jawab. Lalu Pak Cit tu memberitahu dia mereka panggil Paksu Mid dan beritahu saya di situ orang panggil Bakar Boroi. Saya memberitahu yang anak saya kahwin dengan orang Terap Batu dan dia memang kenal besan saya.

Tadi kebetulan kami bertemu lagi dan berbual lagi dan sama-sama hendak balik lalu saya memberitahu Paksu Mid yang saya nak ikut kerana nak tahu di mana rumahnya. Bila masuk rumah dan diperkenal, Maksu, isteri Paksu Mid mula bertanya. Dan akhirnya dia ingat Mak saya dan masa dia ke sana dulu saya masih kecil pakai seluar pendek tak pakai baju, putih dan motel orangnya. Saya ketawa…

Moral cerita kalau kita ingat, berazam dan usaha tak payah banyak, sikit-sikit pun tak mengapa, Allah tetap membuka jalan untuk kita memperolihi atau mendapat apa yang kita nak. Dunia ini memang kecil tanpa pertunjuk yang jelas dan kuat orang yang saya ingat dan cari jumpa juga. Alhamdulillah.