Memang baik kita mengajak manusia lain untuk mengerjakan
amal soleh dan menegah yang nahi mungkar. Amat baik juga apabila kita
mempamirkan imej agama dan selalu bercakap soal agama. Tapi hati-hati sifat UJUB,RIAK DAN TAKABUR akan menyelinap
masuk dalam hati kita tanpa kita sedari. Perasaan UJUB,RIAK DAN TAKABUR akan
terbina melalui pujian dan sanjungan yang melampau.
Rasulullah SAW telah
mendengar seorang lelaki memuji lelaki yang lain, lantas Baginda Rasulullah SAW
bersabda yang bermaksud: “Malang kamu! Sesungguhnya kamu telah memotong
lehernya!” kemudian baginda menambah : “Jika sesaorang daripada kamu tidak
dapat mengelak daripada memuji temannya maka hendaklah dia berkata, saya kira
begini, jangan sesekali dia mengsucikan sesaorang mengatasi Allah.” – Hadis Riyawat
Al-Bukhari & Muslim.
Firman Allah SWT yang bermaksud : “Jangan kamu terlalu
bangga, sesungguhnya Allah tidak suka orang yang membanggakan diri.” –Surah Qashash
ayat 76.
Dalam surah Luqmanayat 18 pula Allah berfirman yang
bermaksud : “Dan janganlah engkau memaling mukamu (kerana memandang rendah)
kepada manusia, dan jangan engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong:
Sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap
orang yang sombong, takabur dan membanggakan diri.”
Ancaman Allah terhadap orang yang bersifat ini terkandung dalam
surah Al-Zumar ayat 72 pula : “Dikatakan ( kepada mereka ); masuklah kamu ke
pintu-pintu neraka serta kekal didalamnya, maka (itulah) sejahat-jahat tempat
tinggal bagi orang-orang yang sombong.”
Sesungguhnya sifat
UJUB,RIAK DAN TAKABUR adalah sebesar-besar maksiat yang orang tak Nampak dan
bersarang di lubuk hati manusia. Jesteru itu janganlah kita keterlaluan
menonjolkan diri tidak kira dibidang apa sekali pun untuk mengelakan sifat ini
bersarang di hati. Adalah lebih baik kita bersifat sederhana dalam segala hal.