Rabu, 17 Julai 2013

ELAKAN DIRI DARI SIFAT UJUB,RIAK DAN TAKABUR

Memang baik kita mengajak manusia lain untuk mengerjakan amal soleh dan menegah yang nahi mungkar. Amat baik juga apabila kita mempamirkan imej agama dan selalu bercakap soal agama. Tapi hati-hati  sifat UJUB,RIAK DAN TAKABUR akan menyelinap masuk dalam hati kita tanpa kita sedari. Perasaan UJUB,RIAK DAN TAKABUR akan terbina melalui pujian dan sanjungan yang melampau.

Rasulullah SAW  telah mendengar seorang lelaki memuji lelaki yang lain, lantas Baginda Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Malang kamu! Sesungguhnya kamu telah memotong lehernya!” kemudian baginda menambah : “Jika sesaorang daripada kamu tidak dapat mengelak daripada memuji temannya maka hendaklah dia berkata, saya kira begini, jangan sesekali dia mengsucikan sesaorang mengatasi Allah.” – Hadis Riyawat Al-Bukhari & Muslim.

Firman Allah SWT yang bermaksud : “Jangan kamu terlalu bangga, sesungguhnya Allah tidak suka orang yang membanggakan diri.” –Surah Qashash ayat 76.

Dalam surah Luqmanayat 18 pula Allah berfirman yang bermaksud : “Dan janganlah engkau memaling mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan jangan engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong: Sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap  orang yang sombong, takabur dan membanggakan diri.”

Ancaman Allah terhadap orang yang bersifat ini terkandung dalam surah Al-Zumar ayat 72 pula : “Dikatakan ( kepada mereka ); masuklah kamu ke pintu-pintu neraka serta kekal didalamnya, maka (itulah) sejahat-jahat tempat tinggal bagi orang-orang yang sombong.”

 Sesungguhnya sifat UJUB,RIAK DAN TAKABUR adalah sebesar-besar maksiat yang orang tak Nampak dan bersarang di lubuk hati manusia. Jesteru itu janganlah kita keterlaluan menonjolkan diri tidak kira dibidang apa sekali pun untuk mengelakan sifat ini bersarang di hati. Adalah lebih baik kita bersifat sederhana dalam segala hal.

Tiada ulasan: