Monday, June 16, 2008

Al-Quran Sebagai Terapi Menghilangkan Tekanan

DALAM mengharungi kehidupan dunia moden hari ini manusia terpaksa menghadapi pelbagai tekanan hidup. Pelbagai masalah yang terpaksa dihadapi, masalah cari makan, masalah anak-anak, masalah dengan keluarga dan masyarakat sekelililng malah pelbagai masalah lagi.

Semua masalah yang dihadapi pastinya memberikan tekanan kepada diri kita dan pastinya akan menghilangkan ketenangan jiwa. Apabila ketenangan jiwa kita diragut kita tidak akan mampu memberikan yang terbaik terhadap apa yang kita usahakan.

Memang dalam hidup ini kita tidak dapat lari daripada menghadapi masalah dan rintangan yang memberikan kita tekanan. Cuma persoalannya bagaimana kita hendak mengatasi tekanan ini. Bagi sesetengah orang masalah dan rintangan yang bakal memberikan tekanan akan mendorong dirinya bekerja lebih kuat bagi mengatasi semua permasalahan hidup.

Sementara bagi sesetengah orang pula masalah dan rintangan yang mencetuskan masalah akan membebanban dirinya. Fikirannya akan menjadi kusut. Malah sekiranya masalah dan tekanan hidup ini bakal ditangani dengan bijak akan memberikan implikasi yang lebih buruk.

Dalam islam selagi kita mampu bertahan tekanan yang dialami selagi itu kita akan mendapat pahala. Islam melihat punca tekanan ini berpunca daripada kelemahan dan kecelaruan hati. Hati lemah menyebabkan hubungan kita dengan Allah menjadi rapuh. Seterusnya akan menjadikan hidup ini sempit dan gagal mencari jalan keluar bagi mengatasi segala permasalah hidup.

Hati akan merasa bahagia jika kita dekat dengan Allah. Sebaliknya hati akan sengsara sekiranya kita engkar akan hokum Allah dan lalai daripada mengingatinya. Dalam menghadapi tekanan hidup, islam mempunyai cara untuk menyelesaikannya, antaranya :-

Kita perlu membanyakan membaca al-Quran, lebih baik lagi kita cuba untuk memahami maknanya. Al-Quran adalah rahmat untuk sekelian alam dan ia adalah cahaya dan hidayah bakal menyembuhkan segala penyakit khususnya penyakit hati. Dengan memahami isi kandungan al-Quran akan membuat kita dapat menghayatinya dan akan mencetuskan ketenagan hati, jiwa, perasaan, fikiran dan jasmani kita.

Banyak bertaubat dan beristigfar. Bertafakur dan mengenang dosa-dosa yang telah dilakukan serta merenung mengenai diri serta menghitung nikmat pemberian Allah kepada kita.


Mendekatkan diri kepada Allah dan mematuhi segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Sebagai contoh tunaikan solat sehari lima waktu dan kalau ada kesempatan lakukan solat-solat sunat yang lain dan sentiasa mengingati Allah dalam setiap masa dan ketika.

Bersedekah semata-mata kerana Allah dapat memberikan ketenangan. Sedekah lebih bermakna barang-barang atau harta yang sangat kita kasihi. Orang yang bakhil sentiasa disempitkan hati dan akhlak oleh Allah kerana mereka berkira dengan segala pemberian Allah kepada mereka.


Bagi menghasilkan ketenagan jika islam juga meminta umatnya agar bijak mengurus masa dan tenaga serta apa-apa yang berkiatan dengan kita.


Bersangka baik a hendaklah membicara dan memperkatakan yang baik dan penuh pengharapan kepada Allah, ini kerana setiap apa yang dilafaz adalah doa.

Tawakal atau berserah diri kepada Allah. Menyerahkan diri selepas kita beruseha dan kita harus sedar bahawa Allah akan mengur4niakan kita rezeki, kekuatan, keinginan dan badan yang sihat kepada hamba-hamba-Nya.

Jesteru itu sekiranya kiat menghadapi segala permasalahan hidup yang memberikan tekanan amalkan tujuh perkara yang dikemukakan ini Insya Allah kita mampu menghadapi segala tekanan itu baik sebesar mana sekalipun tekanan. Dan ingatlah Allah hanya memberikan tekanan sekadar kemampuan kita.

No comments: