Ahad, 22 Jun 2008

UMUM

REZEKI DARI SUMBER YANG TAK TERDUGA
REZEKI ialah nikmat anugerah Allah Subanallah kepada hambaNya berupa harta benda,ilmu, kasih saying, wang ringgit,kekuasaan, anak, suami atau isteri dan apa saja nikmat yang disukai oleh setiap insane di maya pada ini. Nikmat rezeki biasanya diperolihi melalui usaha dan pencarian yang bertungkus-lumus untuk mendapatkannya.

Oleh itu kebanyakan manusia berkeyakinan bahawa usaha itulah satu-satunya jalan untuk mendapatkan rezeki. Jesteru itu manusia akan beruseha keras dan bersandarkan bulat kepada usahanya itu untuk mendapatkan apa yang dihajati. Tapi lazimnya kita lupa bahawa rezeki berada ditangan Allah Azzawajalla yang mempunyai kuasa muklat samada untuk memberikannya atau tidak.

Hakikatnya usaha kita tidak akan memberikan sebarang bekas yakni tidak menjamin keberhasilannya. Sebab itu ada orang kaya dan ada orang miskin. Ada yang pandai dan ada yang tidak. Sebab semuanya ditentukan oleh Allah pemilik rezeki yang sebanar. Usaha Cuma jalan atau syariat yang dituntut kita melakukannya.

Bagi orang yang mengetahui rahsia ini mereka langsung tidak bersandarkan kepada usaha mereka sebaliknya mengantungkan terus pengharapan kepada Allay Yang Maha Kuasa dan Pemilik Seluruh Alam Ini. Mereka akan meminta dan mengadu hanya kepada Allah dan yakin yang Allah akan menunaikan permintaan mereka.

Kita harus menyedari hakikat terdapat juga rezeki yang datannya daripada sumber yang langsung tidak di duga yang dikhususkan khas untuk umatnya yang bertakwa. Allah menjanjikan ini dalam firmanNya yang bermaksud : “Barang siapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan melepaskannya daripada masalah hidup dan memberikannya rezeki daripada sumber yang tidak terduga.”

Jesteru itu orang yang bertakwa akan mendapat ‘gaji’ terus daripada Allah. Gaji tanpa hisap. Ukuran skim gajinya pula apa yang diingini dan diperlukan boleh mereka dapati dengan mudah. Teringat atau terlintas saja di hati kecil mereka akan sesautu benda maka ia akan memperolihinya tanpa perlu bersusah payah. Perolihan gaji seumpama ini boleh mengatasi gaji-gaji tinggi orang-orang besar di dunia. Sebab pemberian gaji ini ialah daripada Kerajaan yang Maha Kuasa lagi Maha Kaya.

Kerajaan Maha Kuasa lagi Maha Kaya ini adalah Penguasa langit dan bumi serta dunia dan akhirat. KepunyaanNyalah segala telaga minyak,emas, logam dan segala kekayaan di perut bumi, dalam laut, di udara, di hutan serta seluruh dunia dan akhirat. Masakan Dia Yang Maha Kaya lagi Maha Berkuasa tidak mampu memberikan gaji yang lumayan kepada hambaNya yang bertakwa seperti yang dijanjikan

Hanya dengan berkata ‘Kun’ (jadi) maka ‘fayakun’ (jadilah ia). Walhal orang kaya di dunia ini yang gaji dan pendapatannya besar masih banyak keinginan yang belum diperolihi. Mereka tetap hidup dan resah dan gelisah. Banyak masalah yang gagal mereka selesaikan. Rumahtangga mereka tidak harmoni.

Sehubungan itu orang-orang yang beriman dan bertakwa langsung tidak pernag bimbangkan rezeki dan keperluan dan hajat mereka. Mereka yakin Allah mampu menguruskan segala keperluan mereka. Oleh sebab itu mereka hidup bukan semata-mata untuk mencari makan. Kerja dan perjuangan mereka ialah jihad fisabilillah. Mereka akan bekerja 24 jam sehari tanpa hentai dalam usaha menegakan hokum dan undang-undang Allah di muka bumi ini tanpa cuti, tanpa pencen sepanjang hidup mereka.

Mereka yang beriman dan bertakwa kepada Allah Azzawajalla pada siang harinya menjadi begitu gagah dan berani serta pantas dan tangkas bagaikan bagaikan singa dalam usaha menegakkan hokum-hukum Allah dalam keluarga dan masyakrakat. Disebelah malamnya pula mereka akan menjadi ahli ibadah yang tenggelam dan menyembah cinta dan rindu kepada Allah Yang Berkuasa.

Kalau ditanya berapa gaji yang mereka perolihi, mereka akan menjawab; “kami mengharapkan rezeki yang Allah janjikan. Iaitu rezeki yang datangnya daridaripada sumber yang tidak terduga. Allah akan kirimkan memlalui pelbagai cara, biasanya melalui orang-orang yang tertentu, yang Allah jadikan hati mereka untuk membeikan bantuan.

Pemberian yang tidak pernah diminta daripada orang yang tak pernah di duga ialah pembeian Allah. Sabda Rasulullah SAW: “Bila sesaorang memberikanmu sesuatu yang tidak pernah kamu minta, maka ambillah, kerana itu pemberian Allah.”

CERITA BENAR REZEKI YANG TAK TERDUGA DI ALAMI OLEH AZMIL MUSTAFA SEPERTI YANG TERSIAR DIHARIAN METRO BARU-BARU INI, KLIK UNTUK IKUTI CERITA PENUH

Tiada ulasan: